mereka kata aku GILA. Entah apa sbb nye, aku sndiri pon tak tahu menahu. ape yg aku tau, aku tak GILA. Bagaimana mereka boleh menuduh aku GILA sedangkan aku tak GILA? betul betul GILA! merekalah yg sebetulnya gila kerana memiliki kegilaan melabelkan org lain GILA. Kegilaan mereka sndiri pula tidak dianggap GILA. Sudah seminggu aku disini, di wad GILA dalam hospital GILA. Dilayan seperti orang GILA dgn berbagai-bagai kaedah rawatan yg GILA. Tambahan pula dgn sesi kaunseling yg pada aku mmg kerja GILA. Walaupun aku tak GILA tpi aku tau, memberikan kaunseling pada org GILA bukankah GILA namanya??
Setiap waktu aku terpaksa menelan ubat-ubatan utk penyakit GILA sedangkan mereka sepatutnya tahu bahawa aku tidak GILA. Ubat yg terpaksa aku telan pula mmg bnyk GILA. Mereka kata org GILA mmg patut makan ubat dalam kuantiti yg bnyk supaya cepat sembuh dari GILA. Kegilaan apakah ini? memaksa org yg tidak GILA supaya makan ubat penyembuh GILA.
Kemudian setiap hari mereka mengurung aku didalam sebuah bilik bersama-sama dgn sebilangan orang GILA dgn alasan supaya aku boleh bergaul dgn mereka tapi mereka tidak kisahkan tntg satu perkara, iaitu aku tak GILA! dgn apa cara aku boleh bercampur dgn golongan GILA?
Jadi benarlah telahan aku pada awalnya. Yang GILA disini bukanlah orang GILA tetapi mereka-mereka yg kononnya mahu merawat sakit GILA. Doktor pakar sakit jiwa yg merawat orang GILA itu yg GILA kerana memaksa manusia waras seperti aku utk jadi GILA dgn menghuni pusat rawatan manusia GILA disini.
Pembantu-pembantu doktor itu juga GILA kerana dgn sukarelanya membantu doktor GILA itu menangkap aku dan memasukkan aku kesini dgn cara paksa. Orang GILA takkan mengejar orang lain dan mengikat mereka dgn kasar sedangkan mereka yg kononnya membantu merawat sakit GILA pula berbuat begitu. Siapa yg GILA sebenarnya??
Jururawat-jururawat itu juga sebenarnya GILA kerana memberikan aku ubat pada setiap masa tanpa menghiraukan kata-kata aku bahawa aku bukannya orang GILA. Selepas itu mereka menyuntik pula tubuh aku dgn cecair yg entah apa namanya secara paksa kononnya supaya aku boleh bertenang. GILA, memang GILA! semuanya GILA!
Sehingga kini aku masih lg tidak tahu sebab dan punca mengapa aku dimasukkan ke tempat yg GILA ini. Apa yg aku tahu, aku ditangkap ketika sedang mandi. Dua orang lelaki berpakaian seragam putih tiba-tiba mencekak leher dan mengilas kedua belah tanganku kebelakang. Sakit GILA tubuh aku diperlakukan oleh mereka.
Seterusnya aku dibawa masuk ke dalam sebuah van putih sambil mengikat tubuh dan tanganku dgn jaket org GILA. Aku memekik dan melolong bagai hendak GILA tetapi orang-orang yg menahan aku didalam van itu hanya buat tak dengar. Aku fikir mereka itu GILA kerana menculik aku tanpa sebab.
Kalau diikutkan, mahu saja aku mengamuk dan menendang mereka tetapi aku tidak akan membuat perkara GILA seperti itu. Pesan emak sentiasa aku pegang. Katanya dalam hidup ini jgn buat benda GILA yg boleh memudaratkan. Jikalau tidak, akibatnya bleh jadi teruk GILA. Aku tak sanggup melawan kata-kata emak. Hanya orang GILA sahaja yg boleh berbuat begitu.
Aku memandang jururawat dihadapan aku itu dgn wajah memohon belas. Supaya dia boleh mengeluarkan aku dari tempat GILA ini. Supaya aku tidak akan jadi GILA dgn semua yg aku lalui sekarang ini. Supaya mereka semua tidak akan melayan aku sebagai orang GILA dan meletakkan darjat aku sama seperti orang-orang GILA disini. Aku tak GILA!
Heh! mgkin aku benar-benar sudah GILA. Memohon simpati dari orang yg tidak akan bersimpati. Aku memang GILA kerana meletakkan harapan yg tinggi kepada orang yg telah memasukkan aku kesini. Jururawat itu masih lagi dgn senyum GILAnya, memaksa aku menelan pelbagai jenis ubat GILA kerana akuu sudah dianggap GILA.
Aku mengambil ubat dari tangan jururawat itu dgn perasaan bagai nak GILA. Mengenangkan sepanjang seminggu aku berada disini jururawat itu baik GILA dgn aku dan memandangkan wajah jururawat itu sememangnya cantik GILA, aku telan juga ubat GILA itu sebab aku lebih suka kalau doktor-doktor GILA itu tidak datang menjenguk sekiranya aku melawan.
Aku tidak kisah jika orang mahu kata aku GILA. Sekurang-kurangnya aku tahu aku tak GILA walaupun skrg aku berada di hospital GILA. Jururawat itu juga berada di hospital GILA, jadi dia GILA juga kah? Tentu sekali tidak kerana dia berpakaian kakitangan hospital.
Berlainan drpd aku yg memakai pakaian pesakit GILA. Mungkin juga aku patut berpakaian sama seperti jururawat itu demi mengelakkan drpd digelar orang GILA. Tapi itu akan lebih menjadikan diri aku kelihatan GILA biarpun di mata orang GILA. Takkanlah aku hendak memakai pakaian perempuan? GILA! tapi bagaimana dgn lelaki yg berpakaian perempuan di lorong-lorong belakang? adakah mereka juga GILA? GILA sungguh aku memikirkannya.
"Pesakit ini baru sahaja masuk minggu lepas. Penyakitnya taklah seteruk mana jika dibandingkan dgn pesakit lain disini tetapi pesakit ini tetap diklasifikasikan mempunyai penyakit jiwa."
To be continued.....
